About : Today: 10 January 2011, Monday.
Inalillahi wainalillah hiroji’un…
Hari ini adalah hari yang sangat menyedihkan untuk aku, keluarga serta sanak saudara ku. Tokwan aku Haji Zainuddin Bin Abdul Rahman telah pergi meninggalkan kami untuk selamanya.. Arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi.. lebih kurang dalam pukul 9 lebih.. pagi tu aku masih tidur, adeq aku eja kejotkan aku “bangun cepat, mak call tokwan dah tak sedar, dah nazak”.. aku tanpa bkata banyak trus bangun dan siap2 untuk pergi ke sungai siput dimana arwah tokwan berada di rumah pak lang aku. Semasa bgegas menyiapkan diri, mak aku call lagi memaklumkan yang arwah tokwan aku sudah tiada.. Ya Allah Ya Tuhan ku.. bgitu tergamam nye aku smpai senyap seribu bahasa.. dengan pantas aku & adeq ku eja jemput akak aku di pejabat, kmudian adeq aku Khalid di sekolah… kemudian trus mengambil emak dan ayah aku di bank islam.. sekali lagi bergegas ke taski adeq bongsu aku dode untuk mngambilnya dan trus menuju ke sg.siput..
Sesampainya kami di rumah pak lang, kami trus melihat jenazah.. ya allah ya tuhanku.. berjujuran air mata aku menitis di pipi.. eja, mak aku terus mengalirkan air mata mereka tanpa henti.. aku pon mengesat air mata yang tanpa henti.. kmudian trus mencium di dahi arwah tokwan aku.. sejuk dahi dan seluruh badannya.. :’(
Semua sanak saudara datang menziarah.. pada masa tu inginkan di tanamkn selepas zohor tapi malangnya tidak sempat kerana orang yg menguruskan jenazah semuanya tiada, ada urusan lain.. terpaksa menunggu mereka datang untuk menguruskan jenazah..
Lebih kurang pada pukul 3 pengurusan memandikan jenazah telah tiba dan memandikan jenazah.. apabila untuk mengkafankan jenazah, buat kali terakhirnya kami sekeluarga mencium arwah tokwan… Ya Allah.. seperti air sungai yang mengalir tanpa henti air mataku mengalir… semua sanak saudara menitiskan air mata untuk kali terakhirnya..
Tidak mustahil 4hari yg lepas aku rasa tidak sedap hati.. aku dapat petanda dalam mimpi.. sekarang terjawablah persoalan dari makna mimpi aku itu.. ALLAHUAKBAR…
Bismillahirrahmannirahhim..
Ya Allah Ya Tuhanku, aku bermohon padamu supaya ampunkan lah segala dosa-dosa towanku kiranya ada kesalahan, dosa serta kesilapan yang telah dilakukannya.. ampun kan segala dosa-dosanya Ya Allah.. tempatkan lah ia dikalangan org2 yang beriman, cucurilah rahmat ke atas roh nya Ya Allah..

